background

Monday, December 6, 2010

RAHSIA KEHIDUPAN

Last week aku beli sebuah buku bertajuk "Ilmu Perubatan Dalam Al-Quran"....dalam salah sebuah bab ada tajuk "Rahsia Kehidupan"...so tingin lak nk share kat cni..

ALLAH Taala berfirman, yakni bermaksud;

"Hai manusia,telah dibuat perumpamaan,maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah."  (Al-Hajj: 73)

Allah Taala mencabar manusia semuanya dengan ilmu yang akan mereka wujudkan bahawa mereka tidak akan pernah sampai kepada menciptakan seekor lalat atau makhluk hidup mana sahaja meskipun kecil dan tidak pula sanggup mengambil kembali apa yang diambil lalat dari makanan atau minuman mereka.

Cabaran ini pada selemah-lemah makhluk iaitu lalat,Allah ingin menguatkan dengannya bahawa manusia boleh sampai ke bulan atau marikh, tetapi ia tidak akan sanggup samapi kepada rahsia penciptaan sesuatu yang bernyawa. Maka manusia akan sentiasa lemah bersama dengan berlalunya waktu.

Para  saintis sudah sampai pada menyusun aspek kehidupan dengan setiap nisbah kebendaan dan unsur-unsur  yang masuk dalam penyusunannya, akan tetapi mereka belum mampu memberikannya rahsia kehidupan.

No comments: