background

Thursday, December 9, 2010

Orang Yang Berlebih-lebihan Ada Penyakitnya

Salam...topik ni aku petik skali lg dr buku "Ilmu Perubatan Dalam Al-Quran" sbg ingatan untuk diri sndri n kengkawan...

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-A'raf, yang bermaksud;
"Hai anak Adam,pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid,makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Al-A'raf:31)

Sesungguhnya Allah Taala mengajarkan supaya kita makan dan minum apa yang lazat dan baik dari semua bentuk makanan dan minuman tanpa berlebih-lebihan.

Berlebih-lebihan pada makan dan minum apabila melampaui batas syariat maka akan jadi haram, dan apabila melampaui batas kewangan maka akan bahaya, dan apabila melampaui batas badan makan akan mudarat.

  1. Berlebih-lebihan dalam makan daging khususnya yang merah, hati, ginjal , ayam turki, sardin, rang, teh, kopi dan bir. Makanan ini kaya dengan zat purin yang akan berubah dengan mudah ke asid polik. Meningkatnya nisbah asid polik dalam darah (nisbah biasa adalah antara 3-6 mg pada setiap 100 cm3 darah) akan menyebabkan terjadinya penyakit lenguh. Ketika meningkat nisbah asam polik dalam darah dari ukuran biasa, akan terjadi penyakit di mana garam dari asam itu akan mengendap pada tulang-tulang rawan dan pergelangan-pergelangan, maka ia akan menghancurkannya sepertimana ikatan-ikatan otot dan kadang-kadang pada sebahagian ginjal akan mengendap. Penyakit ini biasanya menimpa lelaki berumur antara 35-50 tahun, tapi mungkin sahaja zahir sebelum waktu ini. Penyakit ini sangat banyak dijumpai pada mereka yang banyak makan daging dan para pemilik hidangan-hidangan pesta dengan makanan yang lazat-lazat, juga orang yang berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman  seperti orang kaya dan raja-raja. Kerana itu penyakit sengal-sengal dinamakan sebagai penyakit raja-raja.
  2. Berlebih-lebihan mengambil makanan berprotein iaitu makanan yang disebut di atas ditambah lagi telur, ikan, susu dan keju akan menyebabkan kelemahan tubuh dalam penghadaman sebagaimana akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan pengerasan pembuluh darah kerana adanya kadar lemak dalam makanan ini.
  3. Berlebih-lebihan mengambil makanan berkarbohidrat (zat tepung dan zat gula) akan mengakibatkan terjadinya fermentasi pada perut. Makanan ini akan terbakar dalam tubuh agar berubah kepada kalori dengan kadar yang diperlukan oleh tubuh. Melebihi kadar ini akan mengubahnya kepada lemak yang bertimbun-timbun di dalam tubuh, dan akan mengakibatkan berat badan bertambah. Ia akan bersatu zat gula tambahan dengan kalsium yang ada pada jaringan-jaringan tubuh, maka menurunlah nisbah kalsium dalam darah, dengan demikian akan berlaku penggantian kalsium dari tulang dan gigi. Selanjutnya akan mengakibatkan kelemahan tulang dan lapuknya gigi. Makanan ini juga tidak baik bagi penderita kencing manis.
  4. Berlebih-lebihan mengambil makanan-makanan berlemak. Makanan berlemak akan menjadi beban  berat atas peralatan tubuh semuanya, terutama sekali sistem penghadaman  yang bertanggungjawab untuk menghadam makanan, juga sistem peredaran (jantung dan pembuluh darah), di mana makanan berlemak ini akan mengakibatkan pertambahan berat badan, selanjutnya pertambahan beban atas jantung dan meningkatnya nisbah kolestrol dalam darah (iaitu bahan yang menyebabkan mengerasnya pembuluh darah).
Semoga segala maklumat yang disampaikan dalam petikan buku "Ilmu Perubatan Dalam Al-Quran" akan dapat menjadi panduan berguna pada kita,terutamanya diri aku sendiri ni yang memang langsung x menjaga soal pemakanan berkhasiat dengan baik..huhuuu

No comments: