background

Tuesday, February 3, 2015

Diet Ke Laut...

Last month semangat untuk diet berkobar-kobar...betul2 control makan n pegi gym everyday after work...within 2 weeks, berjaya la jugal turun 4kg...

Sejak ada kekangan untuk bergerak sendirian ni, diet pun dh ke laut n dh xpegi gym lh dah..
dah sebulan xde workout..makan pun ikut suka suki jek...stamina dh makin merosot...adoyaiii
Last night kuatkan semangat g zumba...n akibat lama xde exercise..stgh jam dh rasa semput..
kalo sebelum ni sejam tanpa henti rilex je...

So from today..i have to force myself to keep on clean diet n  zumba after work...
sume org dh tegur makin gemokk ok...stress bila org tegur...n paling stress bila banyak baju n seluar dh fit n xmuat...
no3...should do something..............

Wednesday, January 28, 2015

Culture Village, Kuching

We are almost to the end of January 2015...
Kuching sedang dilanda musim hujan sepanjang hari...n alhamdulillah today langsung xde hujan...
tapi kedatangan my sis and her frens untuk bercuti ke Kuching langsung tidak tergendala even hujan turun sepanjang hari...sanggup diorang redah hujan semata-mata untuk jadikan percutian mereka berbaloi dengan tiket flight...
n alhamdulillah kedatangan dorg xsia2 sebab dapat masuk culture village dgn half price...normal untuk non Sarawakian RM60 per head...tp dgn bantuan kawan dapat la dorg RM30 sorang...
siap dapat tourist guide lg dorg dalam tu...dapat cameraman free lg...untung ler....
sampai xtahan nak senyum bergambar katanya dipaksa oleh cameraman..haha..
sempat jugak diorang naik penambang aka perahu dari waterfront ke kg seberang untuk makan di Barok...
Plan hampir tergendala untuk ke Serikin sebab hujan turun...tp cian ngn dorang...cuba jela redah...n alhamdulillah selamat sampai n selamat shopping dengan sakan nya...termasuk lah orang yg dh mmg stay kat kuching ni...pantang sgguh...
n paling best sebab xramai orang...xramai customer jadi harga dapat murah berganda2 dari biasa...semata-mata dorg nk wat belanja tambang balik Pontianak...kesian pun ada juga...
selain dua tempat wajib tu,...lain2 cuma bawak dorg pusing bandar kuching, bawak g makan makanan special sarawak..makan seafood...bergambar ngn kuching...
n last but not least beli ikan terubok n kek lapis...
tiap kali ada pelancong dtg...pemandu pelancong ni yg paling banyak abis duit...rambang mata tul...kalo xde org dtg xde nya nk g jenjalan camtu kn...hihiii




Friday, October 31, 2014

Half Moon Shawl Hand Made by Me...('',)

Ok...this is time to promote my hand made half moon shawl...hehe
and the model was my office mate...and the shawl was specially made to her as a gift on  her birthday last week...
she showed me her cocky face before, when i told her that i'm gonna give her hand made shawl on her birthday...under estimate me hahhh...
n she was really surprised when i gifted her the shawl...
since my primary school...i always told myself that my principle of life is "if it's to be, then it's up to me"...so prove it...hehe



Wednesday, February 19, 2014

What a long journey of mine....

After long time...almost forget that i had another best friend which is my blog...;)
There was lot of things happened in my life that I missed out to update....
The bigger changing in my life is I moved to Sarawak already...which I currently work n stay in Kuching, Sarawak..
It was 1 year plus...but it was really good experience for me...
Sometimes even me myself still can't believe that I'm here...
but here I am now...........
So please...for all my friends out there...u guys are welcome to come here and I'm ready to be your tour guide....:)




Thursday, March 15, 2012

RINDU BERTASBIH

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri-Mu.. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. Ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.."

( Hadith Riwayat At Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "inilah dOa yang biasa dipanjatkan Oleh Nabi Daud a.s " )

Wednesday, March 14, 2012

ALLAH PENENTU SEGALANYA...(^_^)

•❤•Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dengannya..

•❤•Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..

WIRDANI - Ikatan Murni


Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan.
Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik... InsyaAllah...♥

Tuesday, March 13, 2012

♥ Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada orang lain...cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN orang lain..~♥~

Sunday, March 11, 2012

♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI ♥

1. Waktu / usia
2. Perkataan
3. Kesempatan

♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥

1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, Iri Hati, Dengki.

♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥

1. Cinta Kasih
2. Keluarga
3. Sahabat

Thursday, March 8, 2012

SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.

SURAH AL-MULK
Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..